Mengenal Ulama Banjar, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al-Makki

Mengenal Ulama Banjar, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al-Makki

Fatwapedia.com – Nama penuhnya ialah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Bin Abdullah Thayyib dan dilahirkan di sebuah kampung bernama Harus, Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan . Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah Binti Syeikh Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Seterusnya berhijrah ke tanah suci Mekah dengan memasuki Madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian umum yang diadakan di Masjidil Haram dan juga dirumah para masyaikh.

Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz di Madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Pada tahun 1983 pula beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al Azhar asy Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat kelulusan sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am ” Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990.

Diantara guru-gurunya ialah : 

1. Syeikh Hassan Masyath

2. Syeikh Muhammad Yasin Isa al Fadani

3. Syeikh Ismail Utsman Zain al Yamani al Makki – Guru utamanya

4. Syeikh Abdullah Said al Lahji

5. Syeikh Sayyid ‘Amos

6. Syeikh Muhammad ‘Iwadh al Yamani

7. Syeikh Zakaria Bila al Indonesia

8. Syeikh Muhammad Syibli al Banjari

9. Syeikh Karim al Banjari

10. Syeikh ‘Abdul Karim al Bukhari

11. Syeikh Adnan al Afnani

12. Syeikh Saifurrahman

13. Syeikh Sahili al Anfanani

14. Syeikh Said al Bakistani

15. Syeikj Muhammad Zakaria al Kandahlawi

16. Habib ‘Abdul Qadir as Saggaf

17. Syeikh Muhammad Muntashir al Katani al Maghribi

18. Syeikh Habib as Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki

19. Syeikh Muhammad Makki al Hind

20. Syeikh Muhammad Makhluf

21. Syeikh ‘Abdullah Bin Hamid

22. Syeikh Muhammad Mutawalli asy Sya’rawi

23. Syeikh Ali Jadul Haq

24. Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim

25. Syeikh Muhammad Tayyib an Najjar

26. Syeikh Muhammad ‘Abdul Wahid

27. Syeikh Abul Hasan ‘Ali an Nadwi

28. Syeikh ‘Atiyyah Saqr

29. Syeikh Hussin

30. Syeikh ‘Abdul Hafidz al Hind

31. Syeikh Ahmad Umar Hasyim

32. Syeikh Abdusshobur Syahin

33. Syeikh ‘Abdul Fattah

34. Syeikh Nashr Farid

35. Syeikh Yusuf Mahyuddin al Hasani asy Syadhuli ad Darqawi

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al Azhar beliau menumpukan perhatian dalam mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat Universiti al Azhar sendiri.

Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor, rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah, di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga telah  menghasilkan kitab kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama’ ini. 

Syeikh Nuruddin telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu’tabar lebih dari 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik buat Syeikh. Aamiin

Sumber: AF Ustaz Abu Zahrah

Leave a Comment