Adab-adab Berdebat Dalam Islam

Adab-adab Berdebat Dalam Islam

Fatwapedia.com – Muqaaranah dan mujaadalah (perbandingan dan debat) adalah tradisi ilmiah yang sudah tumbuh sejak masa awal sejarah manusia. Al-Quran telah mendokumentasi tradisi ini hampir pada setiap masa kenabian. Allah SWT berfirman:

 وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ ۚ وَيُجَادِلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ ۖ وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَمَا أُنْذِرُوا هُزُوًا 

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul hanyalah sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan; tetapi orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan kebenaran, dan mereka menganggap ayat-ayat kami dan peringatan- peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan.” [TMQ al-Kahfi (18): 56].

Kisah-kisah mujadalah juga termuat dalam dokumen sejarah, baik yang tercantum dalam sunnah, atsar dan dokumen-dokumen sejarah lainnya. Motif utama dari diskusi dan perbandingan adalah mencari kebenaran tertinggi, sekaligus untuk membetulkan pendapat-pendapat dan keyakinan-keyakinan yang salah. Dengan diskusi, akan diketahui pendapat siapakah yang paling dekat dengan kebenaran, dan pendapat siapa yang lemah. Bila suatu pendapat telah terbukti lemah dan salah, maka pendapat itu perlu ditinggalkan dengan sikap lapang dada, dan penuh keikhlasan.

 والله الموفّق للصّواب 

Adab Berdebat Dalam Islam

Al-Jadal adalah At-Tahâwur (berdiskusi atau berdialog), seperti firman Allah:

 قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

 “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha melihat.” (Al-Mujadilah (58): 1)

Dalam ayat ini Allah menyebut al-jadal (berdebat) dengan istilah at-tahâwur (berdiskusi). Definisi al-jadal (berdebat) adalah penyampaian hujah atau yang diduga sebagai hujah oleh dua pihak yang berbeza pendapat. Tujuannya untuk membela pendapat atau mazhabnya, membatalkan hujah lawan, dan mengubahnya kepada pendapat yang tepat dan benar menurut pandangannya. Berdebat termasuk perkara yang diperintahkan syarak untuk menetapkan kebenaran dan membatalkan kebatilan. 

Dalilnya adalah firman Allah SWT: 

 ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ 

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [TMQ. Al-Nahl (16): 125]

 وَقَالُوا لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ ۗ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ ۗ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ 

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani.” Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: “Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.” [TMQ Al-Baqarah (2): 111]

Rasulullah SAW pun telah berdebat dengan kaum Musyrik Mekah, Nasrani Najran, dan Yahudi Madinah. Pengemban dakwah akan senantiasa menyeru kepada kebaikan (Islam), amar makruf nahi munkar, dan memerangi pemikiran yang sesat. Kerana berdebat telah ditentukan sebagai uslub dalam semua aktiviti yang wajib tersebut, maka berdebat menjadi suatu kewajipan pula berdasarkan kaedah: مَا لاَ يَتِمُّ الْوَاجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

 “Suatu kewajipan tidak terlaksana dengan sempurna, kecuali dengan adanya hal yang lain, maka hal tersebut pun menjadi wajib.” 

Di antara adab dan peraturan berdebat yang telah diwasiatkan oleh para ulama -dengan sebahagian tambahan– adalah : 

Mengedepankan ketakwaan kepada Allah, bermaksud taqarrub kepada-Nya, dan mencari redha-Nya dengan menjalankan perintah-Nya.

Perlu diniatkan untuk memastikan kebenaran sebagai kebenaran dan membatilkan yang batil. Bukan kerana ingin mengalahkan, memaksa, dan menang dari lawan. Asy-Syafi’I berkata, “Aku tidak berbicara kepada seorang pun kecuali aku sangat suka jika ia mendapatkan taufik, berkata benar, dan diberi pertolongan. Ia akan mendapatkan pemeliharaan dan penjagaan dari Allah. Aku tidak berbicara kepada seorang pun selamanya kecuali aku tidak memperhatikan apakah Allah menjelaskan kebenaran melalui lisanku atau lisannya.” Ibnu Aqil berkata, “Setiap perdebatan yang tidak bertujuan untuk membela kebenaran maka itu menjadi bencana bagi pelakunya.”

Tidak dimaksudkan untuk mencari kebanggaan, kedudukan, meraih dukungan, berselisih, dan ingin dilihat.

Mesti diniatkan untuk memberikan nasihat kepada Allah, agama-Nya, dan kepada lawan debatnya. Kerana agama adalah nasihat. Perlu diawali dengan memuji dan bersyukur kepada Allah dan membaca selawat kepada Rasul-Nya saw. Perlu memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar diberi taufik terhadap perkara yang diredhai-Nya. Mesti berdebat dengan metod yang baik dan dengan pandangan dan keadaan yang baik. Dari Ibnu Abbas sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya petunjuk yang baik, cara yang baik, dan tidak berlebih-lebihan adalah satu bahagian dari dua puluh lima bahagian kenabian.” [HR. Ahmad dan Abû Dawud. Ibnu Hajar berkata dalam kitab al-Fath bahawa hadis ini isnadnya hasan] Dari Ibnu Mas’ud sebagai hadis mawquf ia berkata: “Ketahuilah sesungguhnya sebagus-bagusnya petunjuk di akhir zaman lebih baik daripada sebahagian amal.” [Ibnu Hajar berkata dalam kitab al-Fath bahawa sanad hadis ini sahih] Yang dimaksud dengan petunjuk di sini adalah metodologi. Yang dimaksud dengan as-samtu adalah al-mandzar (pandangan) dan al-haiah (keadaan). Yang dimaksud dengan al-iqtishad adalah ali’tidal (pertengahan). Singkat dan padat dalam berbicara. Iaitu berbicara sedikit, menyeluruh, dan fasih (sesuai dengan yang dimaksudkan). Terlalu banyak bicara akan mengakibatkan kebosanan. Disamping juga lebih berpeluang menimbulkan kekeliruan, kelemahan, dan kesalahan.

Mesti sepakat dengan lawan debatnya terhadap dasar yang menjadi rujukan keduanya. Dengan orang kafir dasar yang dijadikan sebagai rujukan adalah akal semata-mata. Sedangkan jika berdebat dengan seorang muslim, dasar rujukannya adalah akal dan naql. Akal menjadi rujukan pada perkara-perkara yang bersifat rasional. Sedangkan pada perkara-perkara yang bersifat syarie, naql-lah yang menjadi dasar rujukannya, sebagaimana Firman Allah:فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul.” [TMQ al-Nisaa’ (4): 59] Maksudnya adalah merujuk kepada al-Kitab dan as-Sunah. Orang kafir tidak boleh didebat dalam perkara cabang syariat. Sebab, ia tidak beriman kepada perkara pokok syariah. Oleh demikian, hendaknya tidak berdebat dan berdiskusi dengan mereka mengenai pernikahan dengan empat isteri, kesaksian wanita, jizyah, hukum waris, haramnya khamr, dan sebagainya. Berdiskusi dengan orang kafir perlu dibatasi pada perkara ushul ad-din (pokok-pokok agama/akidah) yang dalilnya bersifat rasional. Sebab, tujuan dari diskusi adalah memindahkannya dari kebatilan kepada kebenaran, dari kesesatan menuju pada petunjuk. Hal ini tidak boleh diwujudkan kecuali dengan memindahkannya dari kekufuran kepada keimanan. Sebagaimana juga orang Nasrani tidak boleh diajak berdebat tentang kebatilan agama Buddha dan Yahudi. Bahkan pembicaraan bersama dengan orang Nasrani tentang hal seperti itu dan yang sejenisnya tidak boleh dipandang sebagai perdebatan. Orang Nasrani bukanlah orang Buddha atau Yahudi, sehingga kita boleh membawanya dari pemeluk Buddha dan Yahudi menjadi pemeluk Islam. Pembicaraan bersama orang Nasrani perlu difokuskan pada akidahnya yang batil untuk memindahkannya kepada Islam. Kerana itu, tidak boleh dikatakan bahawa kita sedang berdialog dengan orang Nasrani pada perkara-perkara yang kita sepakati, dan kita mengabaikan perkara yang tidak kita sepakati. Sebab, kita diperintahkan untuk berdebat dengan mereka. Sedangkan perdebatan tidak akan terjadi kecuali pada perkara yang diperselisihkan. Adapun jika orang Nasrani atau Kapitalis bersepakat dengan seorang Muslim bahawa Buddha, Sosialisme, atau Komunisme adalah ajaran yang buruk menurut akal, kemudian keduanya berbicara seputar agama dan ideologi itu, maka pembicaraan tersebut tidak boleh disebut diskusi atau debat. Hal seperti itu juga tidak dapat membebaskan tanggungan seorang Muslim dari kewajipan berdiskusi dan berdebat dengannya hingga mampu memindahkannya kepada Islam. Demikian juga tidak boleh dikatakan bahawa kita telah berdialog dengan orang kafir dalam perkara yang telah disepakati seraya meninggalkan perkara yang kita perselisihkan hingga hari kiamat. Di hari itulah Allah akan memutuskan dan menetapkan dengan kehendak-Nya di antara kita. Tidak boleh dikatakan demikian, dalam maksud lain, menjauhi berdebat dengan mereka. Kerana kita diperintahkan untuk berdebat dengan mereka dalam perkara yang diperselisihkan. Jika kita tidak melakukannya, bererti kita termasuk orang yang lalai (dari kewajipan). Memang benar bahawa hukum di dunia dan akhirat adalah milik Allah. Tetapi kita tidak boleh mencampuradukan antara perkara yang merupakan perbuatan Allah dengan perkara yang diwajibkan kepada kita. Perkataan seperti tadi adalah pembahasan orang yang ceroboh dan lalai, bahkan itu merupakan kekacauan orang yang lalai, yang sama sekali tidak memiliki dalil mahupun subhat dalil.

Tidak mengeraskan suaranya kecuali sebatas agar boleh didengari oleh orang yang ada disekitarnya. Juga tidak boleh berteriak di hadapan lawan diskusi. Dikisahkan ada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang bernama Abd ash-Shamad berbicara di hadapan Khalifah al-Ma’mun dengan mengeraskan suaranya. Kemudian al-Ma’mun berkata, “Wahai Abd ash-Shamad, janganlah engkau mengeraskan suaramu. Kerana sesungguhnya kebenaran terdapat pada yang paling tepat, bukan yang paling keras.” [Al-Khatib dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih].

Tidak boleh merendahkan lawan diskusi dan meremehkan persoalannya. Perlu bersabar atas penyimpangan lawan diskusi, bersikap sabar, dan memaafkan kesalahannya, kecuali orang itu memang pandir. Maka kita perlu menjauhkan diri dari berdiskusi dan berdebat dengannya. 

Mesti menjauhi al-hiddah dan al-dhajjar. Ibnu Sirin berkata, “al-hiddah merupakan kiasan dari kebodohan.” Maksudnya adalah bodoh dalam berdiskusi. Adapun hadis yang diriwayatkan oleh ath-Thabrâni dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Menjauhi sedikit berfikir lagi terburu-buru (dalam agama) adalah (sikap) terbaik dari umatku.” Dalam hadis ini terdapat Salam bin Muslim ath-Thawil dan dia mathruk. Dan hadis yang telah diriwayatkan oleh ath-Thabrâni dari ‘Ali bin Abi Thalib, ia berkata; Rasulullah saw. bersabda: “Sebaik-baik umatku adalah orang yang paling bersegera (dalam agama), yang apabila mereka marah akan kembali (dapat mengendalikan diri)”. Dalam hadis ini terdapat Nu’aim bin Salim bin Qanbar, ia adalah seorang pendusta. Apabila berdebat dengan orang yang lebih banyak pengetahuannya maka janganlah mengatakan, “Engkau salah,” atau, “Perkataan anda keliru,” melainkan perlu mengatakan,“Bagaimana pendapat anda jika ada orang yang mengatakan,” atau, “Ada orang yang mendebat, lalu berkata, ‘…’” Atau membantah dengan menggunakan redaksi orang yang meminta petunjuk, seperti berkata, “Bukankah yang benar itu pernyataan demikian?”

Perlu berusaha memikirkan dan memahami perkara yang disampaikan oleh lawan diskusi agar dapat membantahnya. Juga tidak boleh cepat-cepat berbicara sebelum lawan diskusi selesai berbicara. Dari Ibnu Wahab ia berkata; Aku mendengar Malik pernah berkata, “Tidak ada kebaikan pada jawapan sebelum difahami terlebih dahulu. Bukan termasuk adab yang baik jika seseorang memutuskan pembicaraan lawannya.” Adapun jika lawan diskusi adalah hanya ingin berdebat, keras kepala, banyak membicarakan yang tidak bermanfaat, maka yang menjadi sikap asal adalah tidak berdiskusi dengannya jika hal itu telah diketahui ada pada dirinya. Apabila baru terungkap di tengah-tengah diskusi, maka ia mesti menasihatinya. Apabila ia tidak boleh menjaga diri maka putuskanlah pembicaraan.

Hendaknya menghadapkan wajahnya kepada lawan diskusi, dan tidak berpaling kepada orang-orang yang hadir di forum diskusi kerana meremehkan lawan diskusinya. Sama saja apakah orang-orang itu berbeza pendapat atau bersepakat dengannya. Jika lawan diskusi melakukan hal itu, maka perlu dinasihati. Apabila ia tidak mahu menghentikannya, maka hentikanlah diskusi itu.

Tidak boleh berdebat dengan merasa hebat dan takjub terhadap pendapatnya. Sebab, orang yang ujub tidak akan menerima pendapat dari orang lain. 

Tidak boleh berdebat di forum-forum yang ditakutkan, seperti berdiskusi di tempat terbuka dan di forum-forum umum. Kecuali jika ia merasa tenteram dengan agamanya, tidak takut kerana Allah terhadap caci maki orang yang mencaci, siap menanggung risiko dari pembicaraannya, baik berupa penjara atau bahkan pembunuhan. Juga berdiskusi di tempat pemimpin atau penguasa yang dikhawatirkan akan membahayakan dirinya. Apabila ia tidak boleh meneguhkan dirinya bersama Hamzah (tidak mampu mengatakan hak di hadapan penguasa yang zalim), maka sikap diam lebih utama. Kerana dalam keadaan seperti itu (dikhuatiri) ia akan meremehkan agama dan ilmu. Dalam keadaan ini, boleh diingat kembali bagaimana sikap para ulama terdahulu semisal Imam Ahmad dan Imam Malik. Juga sikap para ulama masa kini seperti para ulama yang mendebat Muammar Gaddafi ketika mengingkari as-Sunah. 

Tidak boleh berdebat dengan orang yang tidak disukai. Baik kebencian ini berasal dari dirinya atau datang dari lawannya.

Tidak boleh bermaksud ingin mengalahkan lawan diskusi dalam forum. 

Tidak berpanjang lebar dalam pembicaraan, khususnya pada perkara-perkara yang sudah diketahui lawan diskusi. Melainkan cukup berbicara dengan singkat, namun tidak merusak maksud hingga sampai pada topik diskusinya.

Tidak boleh berdiskusi dengan orang yang meremehkan ilmu dan ahlinya, atau di hadapan orang-orang pandir yang meremehkan diskusi dan orang-orang yang sedang berdiskusi. Imam Malik berkata, “Termasuk merendahkan dan meremehkan ilmu jika seseorang membicarakan ilmu di hadapan orang yang tidak mentaati ilmu itu.” 

Tidak boleh merasa rendah untuk menerima kebenaran ketika kebenaran itu tampak pada lisan lawannya. Kerana sesungguhnya kembali kepada kebenaran lebih baik daripada terus menerus dalam kebatilan. Juga supaya termasuk ke dalam golongan orang yang mendengarkan perkataan dan mengikuti yang paling benar. 

Tidak boleh mengacaukan jawapan, yakni dengan memberikan jawapan yang tidak sesuai dengan pertanyaan.

Oleh Ustaz Irfan Abu Naveed

Leave a Comment